Saturday, January 22, 2011

Video, catur dan emas

Alhamdulillah... Saya berjaya menulis di dalam blog video saya selepas lama berehat. Guru adalah kerjaya tetap saya. Merakam video adalah minat saya (hobi). Selain daripada video, saya juga bermain catur dan terkini menjadi pelabur dan usahawan emas. Anak-anak semakin membesar dan memerlukan lebih masa untuk bersama mereka. jalan terbaik ialah menggunakan masa secara efisien dan terbaik.

Buat masa ini saya masih lagi menerima tempahan merakam video, dan masih bersemangat! Terutamanya video perkahwinan. Saya amat gembira semasa proses rakaman berlangsung kerana video yang saya rakam akan menjadi satu kenangan yang amat penting pada masa akan datang. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Sarawak Open 2011 - mendapat tempat ke-6.


Koleksi dinar emas (wang emas)