Saturday, January 22, 2011

Video, catur dan emas

Alhamdulillah... Saya berjaya menulis di dalam blog video saya selepas lama berehat. Guru adalah kerjaya tetap saya. Merakam video adalah minat saya (hobi). Selain daripada video, saya juga bermain catur dan terkini menjadi pelabur dan usahawan emas. Anak-anak semakin membesar dan memerlukan lebih masa untuk bersama mereka. jalan terbaik ialah menggunakan masa secara efisien dan terbaik.

Buat masa ini saya masih lagi menerima tempahan merakam video, dan masih bersemangat! Terutamanya video perkahwinan. Saya amat gembira semasa proses rakaman berlangsung kerana video yang saya rakam akan menjadi satu kenangan yang amat penting pada masa akan datang. Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Sarawak Open 2011 - mendapat tempat ke-6.


Koleksi dinar emas (wang emas)

Friday, November 5, 2010

Gambar daripada Video Perkahwinan


Ini adalah gambar yang saya ambil daripada Video perkahwinan nawal dan pasangannya. Dan saya sertakan sekali video klip pendek daripada video asal yang saya ambil untuk gambar di atas.



Sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan. Terima Kasih

Friday, October 29, 2010

Capturing photo from video


This is a 2 in 1 idea. People always say that videographer can convert video to photo but is there's any proof? Or anyone did this? Here's a photo which i took from a video.

Thursday, September 2, 2010

Video Perkahwinan Azha & Hidayah

Video klip pasangan ini sudah lama dalam simpanan. Ini salah satu contoh video klip menggunakan Kamera Video Panasonic NV GS70 3ccd. Untuk video perkahwinan budget kecil (RM600-RM1000), saya akan menggunakan kamera video ini. Untuk kamera budget sederhana dan besar (RM1000-RM2000), saya akan menggunakan Kamera Profesional Panasonic DVX-102B.


Kamera Video Profesional Panasonic DVX-102B






Video ini dikecilkan saiznya untuk dimuatkan di dalam youtube sekaligus mengurangkan sedikit kualitinya.

Friday, August 13, 2010

Video klip persembahan boria

Persembahan boria daripada Kelab Dr Muda Sek Keb Sultan Hisamuddin Alam Shah, MidValley Kuala Lumpur pada 31 Mei 2010.

Thursday, August 12, 2010

JPPA Bank Negara Malaysia Staff Day

Video klip 2 minit Staff Day Jabatan Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia di Port Dickson

Tuesday, May 5, 2009

Pakej Video Perkahwinan

Blog ini dikendalikan untuk memberi promosi kepada penerbitan video oleh Mahkota Video Production. Penggunaan video kamera adalah dari jenis Panasonic 3ccd Digital Video.

Video Perkahwinan

Perkahwinan merupakan detik-detik bahagia bagi setiap insan. Video perkahwinan mampu mengembalikan satu kenangan yang indah agar dapat dikongsi bersama kaum keluarga, rakan-rakan bahkan anak cucu generasi kemudian.Rakamlah detik-detik kegembiraan dan kenangan sepanjang hayat anda bersama Mahkota Video Production.

Promosi pakej video perkahwinan kami adalah seperti berikut:


Pakej 1:
  1. Liputan Majlis Akad Nikah + Kenduri Perkahwinan
  2. Proses pengeditan (tajuk, muzik latar, kesan khas)
  3. 2 keping DVD


Pakej 2:

  1. Liputan Majlis Akad Nikah + Kenduri Perkahwinan + Temuramah + Kisah Cinta (Out Door)
  2. Proses pengeditan (tajuk, Muzik latar, kesan khas)
  3. 2 keping DVD


A. Contoh videoklip kisah cinta (Out Door)


Kualiti gambar di dalam videoklip ini dikurangkan untuk mengecilkankan saiz fail supaya mudah dimuatkan ke dalam youtube.


B. Sampel untuk videoklip majlis akad nikah dan majlis perkahwinan.


Kualiti gambar di dalam videoklip ini dikurangkan untuk mengecilkankan saiz fail supaya mudah dimuatkan ke dalam youtube.


C. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :


  1. hp: 016-555 4956 (Encik Sudin)